Isnin, 3 Mei 2010

CURI- CURI CINTA - TRILOGI BINTANG KASIH

CURI-CURI  
    CINTA C3 bermula dengan kisah Asyraf seorang remaja yang biasa (ordinary guy) dan sentiasa sibuk dengan kehidupannya dalam mengejar kejayanya. Dalam hidup nya, tidak pernah ada masa yang tertentu untuk memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perempuan dan cinta. Namun, dalam hati kecilnya mahukan cinta sejati. Cinta yang terbit dari kejujuran dan keikhlasan hati. Cinta yang dapat mengatasi segala kemahuan nafsu, keinginan kemewahan, ketinggian status dan kecantikan rupa paras.

Titik pertemuan cinta antara Asyraf dan Yanti bermula ketika membuat projek paper Global Marketing di bukit CH. Namun cinta pandang pertama tanpa usaha dan takdir yang menentukan tidak dapat merealisasikan impian pemuda ini. Digagahi juga semangat untuk menarik perhatian Yanti dengan harapan yang menggunung dan di situ timbul pelbagai peristiwa yang melucu dan memalukan dirinya. (Sesungguhnya aku tidak berniat untuk mencuri nombor handphone mu tapi aku cuma mahu mencuri hatimu, Yanti.) Pelbagai halangan untuk menarik perhatian Yanti dihadapi oleh Asyraf di bukit CH, adakah Asyraf dapat mengatasi segala halangan tersebut untuk mencuri hati Yanti.

Asyraf memang ditakdirkan bertemu dengan Yanti yang dianggap sebagai sehati dan sejiwa dengannya kerana mereka baru menyedari bahawa mereka telah berkongsi 3 bintang yang sama semenjak dari kecil lagi. Kata si pemuda kepada si gadis ; Kita bertemu secara kebetulan, dan inilah takdir kita untuk berjumpa, dan tugas ku menyampaikan apakah itu erti cinta sejati, dan ianya mungkin akan menyelesaikan persoalan istilah cinta yang terkumit di dalam hati kita. Seterusnya terletak kepada kitalah untuk menguraikannya. Namun…..,sampai ke manakah kasih sayang dan cinta Asyraf terhadap Yanti.

Novel ini sarat dengan pengertian cinta, kasih sayang sejati, keikhlasan dan juga ketabahan hati menghadapi dugaan duniawi sebagai satu keutamaan dalam mencari kebahagian hidup berpasangan. Novel ini ditulis untuk kenangan seorang teman ; Allahyarhamah Yanti. Moga rohnya senantiasa dicucuri rahmat illahi. Amin. Baca dan hayatilah sendiri novel karya penulis ini.